Bila kita ingin membuat keputusan untuk memiliki kereta, perkara yang bermain difikiran adalah nak beli kereta baru atau terpakai. So mana yang lebih baik ? Dekat sini saya ingin kongsikan kelebihan dan kekurangan untuk memiliki kereta baru dan terpakai.

Antara perbandingan kereta baru dan terpakai

  • Interest Rendah – kereta baru kadar interest sangat rendah berbanding kereta terpakai, interest kereta baru biasanya 2.7% kebawah bergantung pada amaun pinjaman dan rekod pelanggan juga, manakala interest kereta lama sangat tinggi biasanya 4.5% keatas, so dekat sini beza sangat banyak. Jadi kalau nak interest rendah boleh prefer untuk ambil kereta baru.
  • Warranty – untuk kereta baru akan dapat warranty dan ada tawaran dapat lagi FREE service, so dekat sini akan banyak lagi pinjamatan, warranty sangat penting ya, kalau tiada warranty susah sebab untuk repair bukan kos yang murah. Kalau kereta terpakai anda kena beli yang masih dalam warranty, dan service sentiasa on time di pusat service. Kalau tiada warranty memang susah sikit bila jadi apa2 so dekat sini kena repair sendiri, ini antara risiko memeliki kereta terpakai yang tiada warranty dari pengeluar.
  • Risiko – risiko memiliki kereta baru sangat minimum berbanding memiliki kereta terpakai, kereta baru confirm akan dapat warranty pengeluar, so dekat sini kita xperlu nak fikir sangat maintainance, tetapi jika kereta terpakai sangat risiko tambah pulak kita tidak tahu sangat pasal kereta, sebab kita tidak tahu sejarah kereta terpakai tu, mungkin kereta banjir or kereta yang kemalangan. So dekat sini sangat berisiko, kena hati2 bila tengok harga yang murah dalam pembelian kereta terpakai, sebab mungkin kereta itu ada masalah.
  • Harga – harga pula perkara paling penting dalam pemilihan kereta kerana mesti kita nak ikut pada budget, so untuk harga kereta baru mungkin mahal sedikit berbanding kereta terpakai, kereta terpakai pun ada yang okay jika pandai pilih dapat harga yang murah dan kereta yang elok.
  • Kos penyelenggaan – kos servis sangat penting ya, sebab kereta untuk digunakan hari2 so kos servis mainkan peranan penting, untuk kos servis kereta baru korang x perlu cuma cukup masa hantar jer dekat pusat servis, kalau apa2 masalah ada warranty so tidak perlu risau. Untuk kereta terpakai pulau kos servis mungkin akan mahal sebab nak maintain kereta itu kena keluarkan budget, kerana kereta terpakai mungkin ada part yang perlu tukar. Sebab itu penting kena check betul2 sebelum membeli kereta terpakai.

Setakat ini dulu antara kebaikan dan kekurangan kereta baru dan terpakai, so apa yang penting dekat sini, ianya bergantung pada budget korang, nak kereta macam mana dan harga. Harap dapat membantu korang.

Leave a comment

I’m E-Min

Selamat Datang Ke E-Min Auto, segalanya info berkenaan jual beli kereta dan tips untuk memiliki kereta.

Let’s connect

Kategori

Design a site like this with WordPress.com
Get started