Toyota Capital (tcap) merupakan agensi kredit yang berdaftar dengan bank negara, dan hanya untuk pinjaman kereta toyota dan perodua sahaja. Toyota capital juga merupakan satu cara untuk korang dapatkan pinjaman kenderaan. Dari segi kelulusan pinjaman tcap lebih mudah sedikit berbanding dengan bank, kerana dari segi syarat kurang sikit berbanding bank. Kalau pernah submit dengan bank tidak lulus boleh cuba pula dengan toyota capital.

Contohnya untuk apply kereta Toyota Yaris, untuk apply dengan bank kena minimum gaji RM3000 keatas, tetapi toyota capital RM2300 sudah layak untuk apply, untuk yang berniaga pula untuk bank minimum perniagaan dah lebih 2 tahun baru boleh apply loan, tetapi untuk toyota capital hanya 1 tahun sahaja dah boleh apply. Kalau ada masalah CTos pun boleh cuba ya, mana tahu rezeki kan.

Dari segi kadar interest pula sama jer dengan bank, rendah juga. Tapi bergantung pada rekod juga, setiap orang kadar interest berbeza, tapi untuk apply dengan toyota capital biasanya interest 2.6% keatas. Dan toyota capital juga menyediakan islamic loan, so tidak perlu risau ya.

Toyota capital juga menyediakan pakej2 yang menarik untuk pinjaman kereta, antaranya yang paling terkenal plan ez beli 4 tier plan dan 3 tier plan.

Plan Ez beli 4 tier plan ini adalah plan bayaran rendah untuk 2 tahun pertama. Contohnya seperti berikut :

Toyota yaris 4 tier plan

Tahun 1-2 RM590

Tahun 3-4 RM788

Tahun 5-6 RM1108

Tahun 7-9 RM1208

Ini contoh kiraan plan 4 tier plan, tetapi kalau nak plan yang fixed pun ada, bayaran tetap selama 9 tahun, plan ez beli ni sesuai untuk yang baru bekerja, dan yang plan untuk tukar kereta dalam masa 4-5 tahun. Yang paling penting bergantung pada budget korang jugak ya.

So untuk pinjaman kereta ini salah satu cara yang korang boleh cuba apply. Mana tahu rezeki korang kat sini. Semoga membantu.

Leave a comment

I’m E-Min

Selamat Datang Ke E-Min Auto, segalanya info berkenaan jual beli kereta dan tips untuk memiliki kereta.

Let’s connect

Kategori

Design a site like this with WordPress.com
Get started