Okay soalan ini bermain di fikiran bagi yang first time untuk memiliki kereta. Sebenarnya kalau baru bekerja anda sebenarnya layak untuk apply kereta. Walaupun hanya berkerja sebulan. Bank menyediakan permohonan yang dinamakan SKIM GRADUAN untuk yang baru kerja dan untuk apply kereta pertama.
So korang boleh ambil permohonan SKIM GRADUAN untuk apply kereta, dan yang paling best ada bank yang offer untuk SKIM GRADUAN ini 100% pinjaman, so tidak memerlukan down payment, tapi ianya bergantung juga jenis kereta dan kelayakan loan yang dapat nanti. Jangalah pulak apply Skim graduan baru berkerja apply Toyota Hilux memang x lepas la, so kena ambil kereta yang bersesuaian. Contohnya yang baru bekerja seeloknya ambil kereta yang bayaran rendah dulu untuk belajar dulu bayar komitmen setiap bulan.
Untuk dokumen pula, SKIM graduan hanya memerlukan dokumen seperti berikut :
- IC
- Lesen
- Offer Letter
- Certificate diploma/degree
- Payslip 1 Bulan
- Bank Statement
- Epf statement
Dokumen sediakan itu sahaja untuk apply, jika perlukan penjamin biasanya family terdekat sahaja yang boleh, contohnya mak ayah, suami isteri dan adik beradik sahaja, orang luar tidak boleh. So lepas ni dah boleh apply ya.

Leave a comment