Ada beberapa sebab yang saya boleh kongsikan disini kenapa pinjaman gagal or reject.
- GAJI TIDAK CUKUP – faktor gaji juga memainkan peranan ya, contoh kiraan jika gaji hanya RM3000 sebulan berapa bulanan yang layak ? Cara kira senang saja korang tolak komitmen hutang yang sedia ada , bahagi dengan 3. Contoh RM3000 ➗3 = RM1000 so kelayakan bayaran bulanan adalah RM1000. Ini contoh kalau boleh kurangkan sedikit sebab kereta ini bukan setakat bayaran bulanan sahaja, servis pun kena jaga sekali ya. So ambil kereta yang korang rasa betul2 mampu untuk dibayar.
- NAMA MASUK AKPK – jika nama anda disenarai dalam AKPK memang tidak boleh apply pinjaman baru sehingga selesai dengan AKPK.
- CCRIS – masalah CCRIS juga menyebabkan loan tidak lulus, maksudnya pinjaman yang sedia ada tapi bayaran bulanan tidak mengikut masa yang ditetapkan , jika ada tunggakan lebih 1 bulan memang tidak akan lulus pinjaman, bank akan rujuk CCRIS untuk nilai disiplin bayaran bulanan.
- CTOS – jika nama disenaraikan dalam rekod CTOS pun sama, pinjaman tidak diluluskan, CTOS akan mengumpulkan maklumat pinjaman yang tertunggak, so bila bank lihat dekat sini dan ada rekod pinjaman tertunggak akan menyebabkan pinjaman korang gagal.
- SAA – SAA ni merujuk kepada special attention account, so bila ada rekod ini bank tidak dapat meluluskan pinjaman, SAA akan terjadi sekiranya tunggakan pinjaman yang lama tidak dijelaskan.
Ini antara senarai yang biasa menyebabkan pinjaman korang gagal, so korang kena jaga nama elok2 lagi2 golongan muda jauh lagi perjalanan hidup jangan disebabkan nak bergaya merana sepanjang masa dibebani hutang.

Leave a comment