Soalan ini selalu diajukan, setiap kali ingin menjual kereta lama dan tukar ke kereta baru, jawapannya adalah BOLEH. so macam mana proses nya saya terangkan. 

Okay untuk jual kereta lama ke kereta baru sangat boleh dan dinamakan istilah TRADE-in, proses ini sangat mudah dan senang sahaja, apa yang perlu dibuat adalah owner kena check dulu berapa settelment or baki hutang yang ada dengan bank. Untuk semak baki hutang boleh hubungi direct bank.

Contoh situasi yang pertama, baki hutang di bank masih berbaki RM20,000.00, market value trade in pula ialah RM26,000.00 so ada lebihan dekat sini RM6,000.00, jadi RM6,000.00 ini lah boleh digunakan nanti untuk buat down payment kereta baru. 

Situasi kedua, baki hutang di bank RM20,000.00, market value untuk trade-in RM15,000.00, so dekat ada perbezaan RM5,000.00, so dalam situasi ini owner kena tambah lagi RM5,000.00 untuk selesaikan baki loan dekat bank tersebut. Baki loan dekat bank mesti diselesaikan untuk menutup hutang lama. 

Selepas confirm semua used car akan buat settelment dekat bank untuk menutup hutang lama, pastikan used car or agent yang ambik kereta lama itu buat settelment ya. 

Biasanya kalau ingin trade in seeloknya pakai 3-4 tahun keatas supaya dapat untung sikit dan akan berlaku macam situasi pertama tadi, jika kereta baru setahun or dua tahun biasanya akan jadi macam situasi kedua. 

Leave a comment

I’m E-Min

Selamat Datang Ke E-Min Auto, segalanya info berkenaan jual beli kereta dan tips untuk memiliki kereta.

Let’s connect

Kategori

Design a site like this with WordPress.com
Get started