Ini antara soalan yang paling famous, ramai graduan2 yang baru habis belajar akan melalui fasa hutang yang pertama iaitu hutang PTPTN. Jika terlalu lama tidak menjelaskan bayaran sepatutnya ianya akan menjejaskan kredit skor, dan risiko untuk loan tidak lulus tinggi. Hutang PTPTN juga akan tersenarai dalam CCRIS rekod yang menjadi rujukan bank untuk melihat rekod bayaran pinjaman yang sedia ada.
Peminjan PTPTN disarankan untuk menyelesaikan dahulu tunggakan yang sedia ada, jika tidak permohonan tidak akan diluluskan. Peminjan juga boleh memohon untuk penstrukturan semula pinjaman, maksudnya boleh runding dengan pihak PTPTN untuk mendapatkan pelan bayaran balik. Korang boleh rujuk laman web ptptn untuk maklumat lebih lanjut.

Leave a comment