Tidak semua boleh jadi penjamin untuk setiap pinjaman, bank biasanya akan minta penjamin jika peminjan tersebut mungkin komitmen tinggi, perkerjaan atau beberapa faktor lain bergantung pada bank, sebab bank akan menilai setiap risiko. Jika dia ragu2 mungkin akan minta penjamin.
Jika faktor perkejaan contohnya kerja sebagai runner bank akan minta penjamin, dari segi gaji pula mungkin gaji tidak mencukupi dan akan mintak penjamin untuk support permohonan tersebut.
Yang layak untuk jadi penjamin hanyalah keluarga terdekat sahaja iaitu mak ayah atau adik beradik sahaja, bagi yang berkahwin suami isteri sahaja, selain dari itu bank tidak akan menerima. Penjamin mestilah seorang yang bekerja ya, dan menpunyai dokumen untuk submit.
Dokumen untuk penjamin sama sahaja
- IC
- Lesen
- Payslip 3 Bulan Terkini
- Bank Statement 3 Bulan
- EPF statement
Dari segi risiko pula, seorang penjamin akan berisiko jika peminjan tidak menjelaskan bayaran seperti mana yang ditetapkan dan akan menjadi tanggungjawab penjamin untuk membayarnya, risiko untuk blacklist tetap akan ada jika pinjaman tidak dapat dijelaskan.

Leave a comment