Secara umumnya, insurans kereta third party memberikan perlindungan kepada pihak ketiga disebabkan kemalangan oleh pemilik kereta. Ianya termasuk ganti rugi kerosakan kereta, dan kecederaan diri, kos perubatan, kos pembaikan kenderaan, dan kos pengantian harta benda pihak ketiga.

Insurans third party ini tiada tuntutan yang boleh dibuat oleh anda dan jika kemalangan berpunca dari anda. Maksudnya segala kos kemalangan hendaklah ditanggung oleh anda sendiri. Dan polisi insurans akan membayar kepada tuntutan dari pihak ketiga sahaja.

Dari segi harga pula insurans third party sangat lah murah jika dibanding kan dengan insurans first party, bergantung pada tahun dan jenis kereta juga, sekiranya ada NCD, bayaran lagi rendah.

Untuk proses tuntutan pula, langkah pertama jika berlaku kemalangan dapatkan butiran seperti nama, nombor telefon, nombor plate kenderaan dan maklumat insurans.

Selepas itu tuntutan insurans third party boleh dibuat dengan menghubungi syarikat insurans anda. Anda perlu beri Butiran berkaitan seperti berikut :

  • Tarikh dan masa kemalangan
  • Lokasi kemalangan
  • Maklumat kenderaan pihak ketiga
  • Butiran-butiran yang berkaitan.

Syarikat insurans akan menyiasat kemalangan dan memberikan ganti rugi pihak ketiga. Proses tuntutan untuk insurans third party tidak mengambil masa yang lama. Kerana tidak banyak pihak yang terlibat hanya pihak ketiga sahaja.

Leave a comment

I’m E-Min

Selamat Datang Ke E-Min Auto, segalanya info berkenaan jual beli kereta dan tips untuk memiliki kereta.

Let’s connect

Kategori

Design a site like this with WordPress.com
Get started