TOYOTA VIOS

Toyota Vios antara model yang sudah tidak asing lagi untuk rakyat malaysia, model yang paling laris untuk jenama Toyota, dari segi ketahanan dan kelasakan sudah terbukti untuk model ini.

Toyota Vios 1.5 E

Untuk model 2024 Toyota Vios menawarkan harga yang masih mampu milik dengan kelengakapan ciri-ciri keselamatan yang terkini. Dan juga toyota vios baru mengunakan platform baru DNGA. Apa yang lagi menarik toyota vios 2024 siap dengan bodykit sekali tanpa apa-apa bayaran tambahan.

Interior Toyota Vios 1.5 G

Antaranya toyota safety sense yang menpunyai radar cruises control, land departure alert, land keep asisst, pre crash. Selain itu juga terdapat juga ciri-ciri tamabahan lain seperti 360 camera, blind spot monitor dan rear cross trafic alert.

Untuk Harga toyota vios ditawarkan dengan dua variant iaitu :

  • 1.5 E RM89,600.00
  • 1.5 G RM95,500.00
Toyota Vios 1.5 G

Harga diatas belum termasuk insurans. Dengan ciri-ciri tambahan yang lebih menarik toyota vios boleh menjadi pilihan. Toyota menawarkan pakej 5 years warranty unlimited millage.

HONDA CITY SEDAN

Di malaysia jenama honda menjadi pilihan bagi golongan muda kerana rupa bentuk biasanya tidak mengewakan kena dengan mata rakyat malaysia.

Honda City 1.5 V

Honda menpunyai beberapa variant dan harga

  • 1.5 S RM84,900.00
  • 1.5 E RM89,900.00
  • 1.5 V RM94,900.00
  • 1.5 RS RM99,900.00

Ciri-ciri menarik bagi honda city yang antaranya pre crash, land departure alert, cruise control, tetapi untuk model honda masih lagi belum ada 360 camera dan blind spot monitor. Untuk tambahan bodykit juga ada disediakan bergantung pada jenis yang sedia ada.

Honda City 1.5 V interior

Untuk warranty pula selama 5 tahun unlimited millage.

NISSAN ALMERA 1.0 Turbo

Jenama nissan memang terkenal didunia tetapi di malaysia lain pula ceritanya, bila sebut jenama nissan yang bermain difikiran mestilah Nissan GT-R kan, model yang paling diminati dari dulu hingga sekarang.

Jika anda mencari kereta sedan bawah 100k, model nissan almera boleh dimasukkan sekali dalam list. Model nissan almera 2024 sangat berbeza dengan model sebelum ini yang macam pakcik2. Yang baru design lebih aggresif dan menawarkan kelengkapan ciri-ciri keselamatan terkini.

Nissan Almera 2024 dijanakan dengan enjin berkuasa 1.0 turbo. Memang sedap la kan bila ada turbo. Selain itu juga ciri-ciri keselamatan juga agak baik kereta ini kerana menpunyai pre crash, land departure alert, blind spot monitor, 360 camera dan juga cruise control.

Senarai harga nissan almera seperti berikut

  • 1.0 Turbo VL RM83,888.00
  • 1.0 Turbo VLP RM89,888.00
  • 1.0 Turbo VLT RM95,888.00

Leave a comment

I’m E-Min

Selamat Datang Ke E-Min Auto, segalanya info berkenaan jual beli kereta dan tips untuk memiliki kereta.

Let’s connect

Kategori

Design a site like this with WordPress.com
Get started