Untuk tuntutan insurans kemalangan kereta perlu melalui beberapa proses. Perkara paling penting jika berlaku kemalangan laporan polis hendaklah dibuat dalam masa 24 jam.
Jika kereta masih boleh dibawa boleh terus ke balai polis untuk buat laporan, jika kereta kemalangan yang teruk pastikan towing ke balai polis terlebih dahulu dan buat laporan polis.
Selepas itu boleh terus hantar ke bengkel panel insurans, untuk urusan tuntutan laporan polis perlu disertakan sekali, geran dan cover note insurans.
Jika kereta masih dalam warranty dinasihatkan untuk hantar ke pusat servis body n paint.

Leave a comment