Ini antara persoalan yang selalunya menjadi topik utama apabila buat permohonan pinjaman, untuk kadar setiap bank ini berbeza untuk setiap orang, seorang Sales Advisor dia tidak boleh jamin anda dapat interest berapa, ianya bergantung pada sistem scooring bank.
Sistem scooring ini dia akan mengambil kira beberapa aspek antaranya :
- Umur
- Gaji
- Rekod CCRIS
- Jenis kereta
- Tempoh bekerja / berkhidmat
- Tempoh pinjaman loan
- Jenis perkejaan
Semua yang diatas akan menpengaruhi sistem scooring, cerita mudah semakin kurang risiko seseorang itu semakin rendah lah interest dia akan dapat, contoh seorang guru akan dapat lebih rendah kadar interest berbanding dengan seorang pekerja kilang, ini disebabkan jenis perkerjaan pekerja kilang lebih berisiko berbanding dengan kerja seorang guru. Berisiko bermaksud kebarangkalian untuk berhenti kerja atau tukar tempat kerja yang bekerja kilang lagi tinggi berbanding yang bekerja sebagai guru.
Secara umumnya kadar interest untuk kereta baru biasanya bawah 3.0% , kalau national car mungkin tinggi sedikit tetapi bergantung pula pada jenis kereta dan jumlah pinjaman. Dan juga semakin tinggi jumlah pinjaman semakin rendah kadar interest. Tetapi untuk kereta terpakai kadar interest sangat tinggi mungkin mencecah sehingga 4.0% keatas.
Kesimpulannya, untuk dapatkan interest yang rendah kena pastikan rekod CCRIS bagus.

Leave a comment