Sekarang lebih mudah untuk anda mendapatkan laporan CCRIS. Laporan CCRIS penting untuk melihat rekod bayaran bulanan pinjaman. Jika laporan CCRIS baik, akan memudahkan urusan pemohonan pinjaman nanti. Contoh laporan ccris :

Jika laporan CCRIS ditulis 0, maksudnya tiada tunggakan, dan jika ada tulis nombor contoh 1,2,3 maksudnya jumlah bulan tunggakan. Jadi untuk laporan CCRIS yang baik mestilah rekod ditulis 0 setiap bulan. Bank akan melihat anda seorang pembayar yang baik sentiasa membuat bayaran pinjaman setiap bulan tanpa ada tunggakan.
Okaya cara untuk mendapatkan laporan CCRIS seperti berikut
Layari website https://eccris.bnm.gov.my/eccris/pages/sec/login.xhtml#!

Kemudian klik button Register Now untuk daftar terlebih dahulu.

Seterusnya RM1.00 akan dikenakan bayaran untuk proses verifikasi. Dan akan dipulangkan dalam masa dua hari. Sila gunakan akaun individu, dan tidak boleh guna akaun pihak ketiga.
Klik proceed untuk langkah seterusnya.

Sila isi maklumat berikut dan tekan submit untuk proses pendaftaran. Selepas selesai verify boleh terus login dan dapatkan laporan secara percuma sahaja.

Leave a comment