Kereta terpakai juga menjadi pilihan untuk dimiliki kerana harga lebih rendah berbanding kereta baru. Tetapi untuk dapat kualiti yang baik kena buat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang urusan jual beli. Kerana silap memilih akan merugikan korang nanti. Jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku dinasihatkan untuk membuat semakan terlebih dahulu. Semakan boleh dibuat melalui https://scrut.my/ supaya korang tidak tertipu.
Disini senarai kereta yang korang boleh pilih harga bawah RM50,000.00.
HONDA CITY 1.5 HYBRID TAHUN 2018-2019
Honda City Hybrid 2019 antara model yang korang boleh pilih, harga untuk model ini sekarang RM45,000.00-RM 50,000.00 sahaja. Dari segi penjagaan jenama honda korang tidak perlu risau sudah terbukti tahan dan kos untuk servis masih lagi murah. Dan yang paling penting honda city hybrid sangat sesuai untuk pengunaan bandar kerana sistem hybrid mengurangkan pengunaan minyak.

NISSAN ALMERA 1.5 TAHUN 2018-2019
Nissan Almera juga model yang korang boleh masukkan dalam senarai. Model ini antara yang paling tinggi jualan di Nissan. Boot belakang kereta ini sangat luas dan ruang dalaman yang sangat selesa. Korang boleh survey dan cuba test drive.

TOYOTA VIOS 1.5 TAHUN 2017-2018
Toyota Vios 1.5 Spec J korang boleh dapat bawah RM50,000.00, jenama toyota vios tidak perlu dipertikaikan lagi, sudah terbukti ketahanan dan kos servis yang murah.

MAZDA 2 1.5 HATCHBACK TAHUN 2018-2019
Mazda 2 Hatchback antara model yang korang boleh pilih. Mazda terkenal dengan kualti kereta yang selesa serta kawalan pemanduan yang sangat baik.

Kesimpulannya, kereta terpakai banyak juga yang berkeadaan baik cuma memerlukan pemeriksaan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang urusan jual beli. Jika boleh cari lah used car yang boleh dipercayai dan review yang baik.

Leave a comment