Penting untuk anda memahami perkara-perkara ini terutamanya semasa memperbaharui insurans kereta komprehensif. Pilihan sama ada agreed value vs market value akan memberi kesan kepada amaun bayaran ganti rugi apabila anda buat tuntutan insurans nanti.

Jumlah Diinsuranskan (Sum Insured)

Penting untuk anda memilih jumlah diinsuranskan atau sum insured yang sesuai untuk perlindungan kereta anda. Tetapi, apa yang dimaksudkan dengan sum insured?

Secara ringkas, jumlah diinsuranskan merujuk pada jumlah perlindungan kereta yang ditentukan berdasarkan nilai pasaran semasa. Jumlah diinsuranskan untuk kereta anda akan berkurangan setiap tahun biasanya dipengaruhi oleh penyusutan nilai kereta.

Dengan memilih jumlah perlindungan yang sesuai, anda dapat mengelakkan daripada berdepan situasi kereta terlebih perlindungan (over-insured) atau terkurang perlindungan (under-insured).

Jika kereta anda kurang perlindungan atau under-insured, anda tidak akan menerima ganti rugi penuh atas kerugian atau kerosakan kereta anda. Jika berlaku kemalangan, anda tidak akan mendapat pampasan penuh daripada syarikat insurans. Malah, anda juga mungkin

Terpaksa menggunakan wang sendiri bagi menambah kos pembaikan kereta anda (dalam kes kemalangan)

Tidak menerima pampasan penuh (bagi kes kecurian kereta atau total loss akibat kebakaran atau kemalangan).

Tetapi, jika perlindungan terlalu banyak melebihi harga pasaran, anda perlu membayar harga premium insurans yang lebih tinggi dan berlebihan.

Sekiranya berlaku apa-apa ke atas kereta anda, jumlah ganti rugi yang akan diterima terhad kepada nilai pasaran semasa kereta anda.

Agreed Value

Agreed Value atau Nilai Dipersetujui bermaksud kereta anda diinsuranskan berdasarkan nilai yang telah dipersetujui antara anda dan syarikat insurans atau takaful. Jumlah diinsuranskan yang ditawarkan dikira berdasarkan model kereta, tahun dan faktor-faktor lain semasa pembelian insurans.

Jika berlaku kerugian atau tuntutan total loss, syarikat insurans akan membayar pampasan penuh kepada anda mengikut nilai yang telah dipersetujui. Jumlah perlindungan ini tidak akan berubah meskipun nilai pasaran kereta anda telah menyusut.

Market Value

Apa pula yang dimaksudkan dengan market valueMarket Value atau Nilai Pasaran merujuk pada jumlah perlindungan kenderaan mengikut harga pasaran semasa pembelian insurans. Penentuan nilai ini biasanya dipengaruhi oleh faktor seperti jenama kenderaan, model dan tahun pembuatan.

Jika ada berlaku tuntutan insurans akan membayar mengikut market value kereta pada waktu tersebut.

Kesimpulanya dua juga bagus untuk perlindungan kereta anda, cuma yang lagi bagus adalah aggree value, cuma premium untuk agree value tinggi sikit berbanding market value.

Leave a comment

I’m E-Min

Selamat Datang Ke E-Min Auto, segalanya info berkenaan jual beli kereta dan tips untuk memiliki kereta.

Let’s connect

Kategori

Design a site like this with WordPress.com
Get started