Anda kini boleh membuat temujanji dalam talian untuk pemeriksaan di semua pusat pemeriksaan puspakom.
Layari www.mypuspakom.com.my atau boleh muat turun applikasi untuk membuat temujanji.
Selepas itu anda boleh register dan boleh terus buat temujanji.
PEMERIKSAAN TUKAR MILIK PUSPAKOM
Akta Pengangkutan Jalan 1987 menghendaki semua kenderaan persendirian untuk menjalani Pemeriksaan Tukar Milik di PUSPAKOM sebelum pemindahan pemilikan. Pemeriksaan ini membantu melindungi pemilik kenderaan baru daripada membeli atau memiliki kenderaan yang menyalahi undang-undang seperti kenderaan potong-sambung.
BAYARAN SEBANYANK : RM30.00
Dokumen yang perlu dibawa
- Kad Pendaftaran Kenderaan (Asal)/ Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
Bahagian pemeriksaan
Pemeriksa kenderaan kami yang terlatih akan memandu kenderaan anda ke lorong pemeriksaan dan menjalankan pemeriksaan. Bahagian pemeriksaan adalah seperti berikut:
- Identiti – Mengesahkan keaslian kenderaan dengan mengenal pasti nombor pendaftaran, casis dan enjin.nal pasti
- Cermin Gelap – Mengukur kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan.
- Potong Sambung – Pemeriksaan sekiranya terdapat elemen potong-sambung ke atas kenderaan.

Leave a comment