Untuk memohon pinjaman bukanlah satu perkara yang sukar cuma kena tahu proses dan bagaimana untuk membuat permohonan. Saya nak kongsikan tips macam mana untuk senang lulus pinjaman kereta.
GAJI
Pertama sekali korang kena tengok dulu berapa gaji korang, maksudnya selepas tolak komitmen lain semua berapa amaun yang tinggal dan adakah cukup untuk survive jika ingin mengambil pinjaman kereta baru. Contoh kiraan gaji :-
Gaji Asas = RM3,000.00, selepas tolak komitmen dan perbelanjaan baki ada RM2,100.00, RM2,100.00 ini hendaklah di bahagikan kepada tiga bulan. Jadi bulanan yang anda layak adalah RM700.00. Ini kiraaan secara asas. Anda boleh pilih kereta yang bayaran bulanan RM700 Kebawah sebulan.
Jenis kereta yang dipilih, pilih kereta yang sesuai untuk kegunaan bergantung pada budget yang anda inginkan.
DOKUMEN
Penyediaan dokumen sangatlah penting untuk proses permohonan pinjaman. Dokumen yang lengkap akan memudahkan lagi proses urusan permohonan pinjaman. Bagi yang bekerja dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :
IC, LESEN, PAYSLIP 3 BULAN TERKINI, BANK STATEMENT 3 BULAN, EPF STATEMENT.
Untuk yang berniaga pula dokumen diperlukan adalah IC, LESEN, SSM, BANK STATEMENT 6 BULAN TERKINI. Sangat digalakkan untuk yang berniaga perlu membayar cukai pendapatan. Kebanyakan bank memerlukan resit bayaran cukai untuk yang berniaga. Cukai pendapatan yang dibayar akan membantu pihak bank mengira jumlah pendapatan yang anda perolehi setiap bulan.
Tips untuk memudahkan lagi pinjaman lulus adalah sediakan sekali dokumen sokongan, contohnya jika anda simpanan di ASB atau Tabung Haji anda boleh sediakan sekali. Sebab dokumen ini bank akan nilai sekali, dan akan memudahkan lagi proses pinjaman.
PENJAMIN
Penjamin juga di perlukan bergantung pada situasi. Mungkin gaji tidak cukup dengan jumlah pinjaman yang dipohon. Untuk penjamin hanya ahli keluarga terdekat sahaja dibenarkan. Ibu bapa, adik beradik dan suami isteri sahaja. Penjamin mestilah yang bekerja atau yang ada sumber pendapatan.
CCRIS/CTOS
Perkara paling penting untuk anda jaga adalah rekod pinjaman yang sedia ada. Jika anda ada pinjaman, pastikan rekod bayaran anda tiada tunggakan. Jika ada tunggakan permohonan pinjaman anda akan ditolak.
Kesimpulannya, untuk memohon pinjaman tidak sukar jika anda mengikut syarat-syarat yang di tetapkan. Paling penting ambil pinjaman mengikut kemampuan. Kerana untuk menanggung pinjaman adalah anda.

Leave a comment