Kereta kena tarik antara perkara yang tidak diingini oleh sesiapun. Jika kereta kena tarik, pastikan penarik kereta menpunyai Kad yang sah dan menunjukkan dokumen pengenalan diri serta surat dari pihak bank yang menyatakan kenderaan tersebut perlu ditarik. Jika tunggakan kereta melebihi 2 bulan 21 hari, notis penarikan kereta akan di keluarkan oleh pihak bank atau credit.

Selepas kereta ditarik, terus hubungi pihak bank untuk mengetahui jumlah tunggakan dan kos-kos yang perlu diselesaikan untuk mengambil balik kereta tersebut. Kos tarik dan kos stor akan ditanggung oleh pemilik. Jadi dapatkan amaun yang tepat dengan pihak bank jumlah yang perlu dijelaskan.

Selepas bayaran dibuat, pihak bank akan mengeluarkan surat menyatakan anda telah membuat bayaran dan pemilik boleh terus ke stor untuk proses penebusan kereta tersebut.

Kereta hendaklah ditebus dalam masa maximum dua(2) bulan. Sekiranya kereta tidak ditebus oleh pemilik, pihak bank berhak untuk melelong kenderaan tersebut. Proses lelong akan dibuat oleh pihak pelelong yang dilantik oleh pihak bank.

Sekiranya kereta di lelong, pihak bank akan melelong mengikut nilai semasa kereta tersebut. Contoh sekiranya baki hutang RM20,000.00, nilai semasa kereta tersebut RM25,000.00, dan kereta berjaya dilelong dengan harga semasa. Jadi pihak bank akan mengambil RM20,000.00 sahaja. Lagi lebihan RM5,000.00 akan dipulangkan balik kepada pemilik. Jika lelongan pada harga baki hutang, contohnya baki hutang RM15,000.00, tetapi lelong hanya dapat pada harga RM10,000.00, jadi baki yang kurang RM5,000.00 pemilik hendaklah menjelaskan kepada pihak bank.

Leave a comment

I’m E-Min

Selamat Datang Ke E-Min Auto, segalanya info berkenaan jual beli kereta dan tips untuk memiliki kereta.

Let’s connect

Kategori

Design a site like this with WordPress.com
Get started