Toyota yaris dan honda city hactchback dua model yang menjadi untuk kategori kereta kompak. Dua model ini sangat terkenal untuk golongan yang masih bujang atau keluarga yang kecil. Antara dua model ini mana lagi yang berbaloi untuk dimiliki. Disini kami sediakan beberapa kelebihan dan kekurangan antara model ini.

HARGA
Pertama sekali anda perlu lihat dari segi harga hendaklah sesuai dengan budget anda. Untuk harga Toyota Yaris seperti berikut
Yaris 1.5 E RM89,600.00
Yaris 1.5 G RM91,600.00
Untuk model yaris hanya menpunyai dua varian sahaja. Manakala harga untuk Honda city pula
Honda City 1.5 S RM85,900.00
Honda City 1.5 E RM90,900.00
Honda City 1.5 V RM95,900.00
Honda City 1.5 RS RM100,900.00
Honda City 1.5 eHEV RS RM112,900.00
Honda city menpunyai 5 varian pilihan, jika dibandingkan dari segi harga toyota yaris lebih rendah berbanding dengan honda city. Harga diatas belum termasuk insurans.
CIRI-CIRI KESELAMATAN
Dari segi keselamatan pula Toyota Yaris dilengkapi dengan ciri-ciri berikut untuk kedua-dua varian E dan G.
- Toyota Safety Sense (Pre Crash, Land Departure Alert)
- Panaromic View Monitor ( 360 Camera)
- 7 Airbag
- Hill Start Asist
- Front & Rear Parking Sensor (G only)
- Dash Cam
- Vehicle Telematics System (gps tracker)
Manakala untuk honda city pula untuk spec E & V :-
- 6 Airbag
- Reverse Camera
- Honda Land Watch
- Pre Crash System
- Adaptive Cruise Control
- Land Departure Alert
- Auto High Beam
ENJIN
Untuk toyota yaris mengunakan engine 1.5 liter 4 silinder dengan Dual VVTI CVT kotak gear, menghasilkan kuasa 107 ps dan 140 torque. Manakala untuk honda city engine 1.5 liter 4 silinder i-vtec CVT kotak gear menghasilkan kuasa 121 ps dan 145 torque.
Kuasa maksimum untuk kedua-dua model ini 195km/h.

KOS SERVIS
Kos servis juga penting untuk pemilihan kereta, ini kerana servis hendaklah mengikut jadual yang ditetapkan oleh pengeluar untuk memastikan kereta sentiasa dalam keadaan baik.
Jika kereta tidak mengikut jadual servis menyebabkan jaminan dari pengeluar akan terbatal.
Jaminan untuk Toyota Yaris dan Honda city sama 5 tahun unlimited mileage. Kedua-dua model ini tidak menawarkan pakej servis percuma.


Jika dibandingkan dengan jadual diatas kos servis toyota yaris lagi rendah berbanding dengan honda city.
Antara dua model ini menpunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing bergantung pada minat anda, jika anda inginkan kereta yang harga rendah sikit dan bermacam-macam accesssories ada pilih lah toyota yaris, jika anda inginkan reka bentuk yang terkini dan sporty pilih lah Honda city.

Leave a comment