Dalam pilihan segmen-C banyak pilihan yang ada di Malaysia. Antara pilihan yang ada Toyota Vios, Honda City, Nissan Almera, MG5 dan juga proton s70. Antara pilihan yang ada, proton s70 antara model paling berbaloi. Saya senaraikan Kenapa proton s70 paling berbaloi.

1. Harga Kompetitif dengan Spesifikasi Tinggi

  • Ditawarkan daripada RM73,800 hingga RM94,800, S70 berada dalam julat harga segmen‑B namun menawarkan spesifikasi seperti model segmen‑C.
  • Berbanding Toyota Vios atau Honda City, S70 memberi lebih kuasa dan teknologi dengan harga lebih rendah.
  • Dengan promosi terkini harga lagi rendah dan berbaloi. Proton S70 promosi sehingga RM6000.00 dan percuma bodykit untuk varian Flagship X.

2. Kuasa dan Prestasi yang Lebih Mantap

  • Dilengkapi enjin turbo 1.5L tiga silinder dengan 150 PS dan 226 Nm serta transmisi DCT 7‑kelajuan—lebih responsif berbanding CVT. Manakala bagi Toyota Vios hanya menghasilkan kuasa 106 PS dan 138 Nm sahaja, dan Honda City menghasilkan 121 PS dan 145 Nm.
  • Ia dianggap sebagai peningkatan besar dari segi kuasa dan prestasi dalam kelas harga yang setara.

3. Kabin dan Praktikaliti Hebat

  • Menawarkan ruang kabin luas, dengan ruang but sekitar 500 liter, melebihi pesaing seperti Vios.
  • Dipuji kerana keselesaan tampilannya dalam segmen B/C—“cukup buat segmen‑C, tapi harga segmen‑B.

4. Keselesaan Pemanduan Sesuai Jalan Malaysia

  • Suspensi dilaras agar sesuai dengan jalan tempatan—menyerap hentakan dengan baik, menjadikan pemanduan santai dan selesa.
  • Handling yang stabil dan stereng yang cukup tepat sesuai untuk jalan raya Malaysia.

5. Ciri Keselamatan dan Teknologi Terkini

  • Model Flagship dan Flagship X dilengkapi sistem ADAS seperti AEB, ACC, LDW, LDP, TSI serta bantuan lain yang biasanya hanya ada pada model premium. Untuk varian Flagship X pula ditambah lagi dengan sunroof.
  • Ia juga diberi 5‑tahun waranti tanpa had perbatuan, pakej servis dan data (untuk varian tertentu), menambah nilai pada pelaburan pengguna.
  • Dari segi kemasan dalaman proton s70 lagi nampak moden dan terkini. Lengkap dengan ciri-ciri yang menarik dan mesra penguna.

Kesimpulannya, PROTON S70 antara model yang paling berbaloi dari segi harga, pemanduan yang menyakinkan, spesifikasi yang tinggi dan berteknologi tinggi. Datang dan pandu uji sendiri untuk merasai pengalaman pemanduan proton s70.

Leave a comment

I’m E-Min

Selamat Datang Ke E-Min Auto, segalanya info berkenaan jual beli kereta dan tips untuk memiliki kereta.

Let’s connect

Kategori

Design a site like this with WordPress.com
Get started