CCRIS merupakan data yang dikumpul oleh bank negara malaysia bagi setiap pinjaman. Dekat sini akan dinyatakan detail amaun pinjaman, bulanan dan jenis pinjaman. CCRIS akan menunjukkan trend bayaran bulanan seseorang itu, maksudnya dekat sini akan dinyatakan bayaran ada tunggakan or tidak, jika ada tunggakan melebihi sebulan rekod akan jadi tidak baik dan untuk dapatkan permohonan pinjaman baru akan ditolak oleh pihak bank. Sebab bank akan rujuk laporan CCRIS sebelum meluluskan pinjaman. So pentingnya jaga rekod dan pastikan bayaran bulanan tiada tunggakan supaya permohonan pinjaman baru senang lulus.
Untuk dapatkan CCRIS Report korang boleh klik link dibawah
https://eccris.bnm.gov.my/eccris/pages/sec/login.xhtml#!
CTOS merupakan satu agensi yang mengumpulkan maklumat. Dekat CTOS semua maklumat ada termasuk sekali CCRIS report. CTOS akan kumpul segala maklumat peribadi. Jika ada pinjaman yang tidak dijelaskan biasanya company yang menberi pinjaman akan masukkan nama dalam rekod CTOS, contohnya ada sangkut penapis air ke, loan kedai motor ke, biasanya jika bayaran bayaran pinjaman tidak dibuat nama akan dimasukkan dalam rekod CTOS, so bila nama ada dalam rekod CTOS untuk buat permohonan pinjaman baru akan ditolak oleh pihak bank. Korang juga boleh CTOS report dengan download apps CTOS.

Leave a comment