CCRIS merupakan data yang dikumpul oleh bank negara malaysia bagi setiap pinjaman. Dekat sini akan dinyatakan detail amaun pinjaman, bulanan dan jenis pinjaman. CCRIS akan menunjukkan trend bayaran bulanan seseorang itu, maksudnya dekat sini akan dinyatakan bayaran ada tunggakan or tidak, jika ada tunggakan melebihi sebulan rekod akan jadi tidak baik dan untuk dapatkan permohonan pinjaman baru akan ditolak oleh pihak bank. Sebab bank akan rujuk laporan CCRIS sebelum meluluskan pinjaman. So pentingnya jaga rekod dan pastikan bayaran bulanan tiada tunggakan supaya permohonan pinjaman baru senang lulus.

Untuk dapatkan CCRIS Report korang boleh klik link dibawah

https://eccris.bnm.gov.my/eccris/pages/sec/login.xhtml#!

CTOS merupakan satu agensi yang mengumpulkan maklumat. Dekat CTOS semua maklumat ada termasuk sekali CCRIS report. CTOS akan kumpul segala maklumat peribadi. Jika ada pinjaman yang tidak dijelaskan biasanya company yang menberi pinjaman akan masukkan nama dalam rekod CTOS, contohnya ada sangkut penapis air ke, loan kedai motor ke, biasanya jika bayaran bayaran pinjaman tidak dibuat nama akan dimasukkan dalam rekod CTOS, so bila nama ada dalam rekod CTOS untuk buat permohonan pinjaman baru akan ditolak oleh pihak bank. Korang juga boleh CTOS report dengan download apps CTOS.

2 responses to “Apa Itu CCRIS dan CTOS”

  1. Apa Itu Loan Kedai Kereta ? – E-Min Auto Avatar

    […] yang ambil loan kedai ini kerana nama bermasalah, contohnya ada sangkut CCRIS , CTOS atau blacklist dengan pihak bank dan kredit lain. Dealer atau used car yang buat loan kedai ini […]

    Like

  2. Kenapa Loan Reject – E-Min Auto Avatar

    […] CCRIS – masalah CCRIS juga menyebabkan loan tidak lulus, maksudnya pinjaman yang sedia ada tapi bayaran bulanan tidak mengikut masa yang ditetapkan , jika ada tunggakan lebih 1 bulan memang tidak akan lulus pinjaman, bank akan rujuk CCRIS untuk nilai disiplin bayaran bulanan. […]

    Like

Leave a reply to Kenapa Loan Reject – E-Min Auto Cancel reply

I’m E-Min

Selamat Datang Ke E-Min Auto, segalanya info berkenaan jual beli kereta dan tips untuk memiliki kereta.

Let’s connect

Kategori

Design a site like this with WordPress.com
Get started