Isu warranty menjadi tanda tanya bagi pemilik kereta baru. Jika korang jenis yang suka modified kereta, boleh menyebabkan warranty akan terbatal. Biasanya untuk kereta baru warranty 5 tahun unlimited mileage.
Untuk korang dapat warranty tersebut korang hendaklah mengikut apa yang ditetapkan oleh pengeluar kereta tersebut. Perkara paling penting ialah servis, kereta hendaklah diservis pada masa yang ditetapkan, jika anda skip servis biasanya warranty akan terbatal. Jadi anda tidak boleh skip untuk servis di pusat servis yang disediakan mengikut masa yang ditetapkan.
Jadual servis biasanya seperti berikut :
1000km
5000km
10000km
Selain itu, jika korang ubah suai kereta juga boleh menyebabkan warranty terbatal. Contohnya jika anda ubah suai tukat sport rim atau absorber bila berlaku apa-apa kerosakan dibahagian tersebut warrnty akan terbatal untuk tuntutan, disebabkan kerana tempat itu sudah diubah suai tidak mengikut spesifikasi asal kilang pengeluar.
Kesimpulannya, Warranty akan terbatal sekiranya tempat yang asal diubah suai atau ditukar dengan part yang berlainan. Jadi sekiranya ingin ubah suai kereta risiko untuk warrany terbatal sangat lah tinggi.

Leave a comment